Polis kesan tujuh pemandu Singapura 'merempit' di Kota Tinggi

oleh SALINA JALIL|
Polis Malaysia sedang mengesan tujuh pemandu kereta mewah bernombor pendaftaran asing yang didapati memandu dan memotong secara berbahaya di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi menghala Bandar Penawar, pada Ahad lalu (17 Jul). Kereta mewah berdaftar Singapura yang berkonvoi didapati memandu secara berbahaya di Kota Tinggi.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata polis mengesan rakaman video sekumpulan kereta mewah yang sedang berkonvoi itu di laman Facebook kira-kira pukul 8.55 malam.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa (19 Jul).



Beliau turut menyenaraikan nombor pendaftaran dan warna kereta mewah yang terlibat dalam kejadian berkenaan iaitu SLW3839P berwarna kuning, EN403M (putih), SKH3888M (merah), SMG80C (merah), SBA479Z (hitam), SMZ986P (kuning) dan SNF19A (putih).



Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN166/59 bagi kesalahan memotong secara berbahaya. 



Supt Hussin turut menasihatkan orang ramai agar lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pemandu berhemah tanpa melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain.



Terdahulu, dua video berdurasi 1 minit 17 saat dan 1 minit 58 saat tular di media sosial menunjukkan rakaman sekumpulan tujuh kereta mewah berkonvoi dan memotong kenderaan lain sehingga mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, rakaman video berdurasi 71 saat itu mendapati konvoi kereta mewah berkenaan dipandu…
Berita Domestik
Satu sumber mendedahkan, hasil tangkapan itu, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira…
Berita Domestik
Menurut Harian Metro, kereta mewah itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan…