Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan pemandu treler dipercayai menyebabkan 14 batang tiang elektrik tumbang dan dawainya putus di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River di Tanjung Malim.


Ketua Polis Daerah Mualim, Superitenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi semalam sempat dirakam oleh seorang saksi di lokasi kejadian.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Menurut beliau, kejadian itu disedari selepas anggota Balai Polis Slim River yang membuat pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di jalan tersebut pada pukul 8.30 pagi.

 

“Anggota polis ternampak beberapa tiang elektrik telah terbalik dan pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 14 tiang telah terbalik.

 

“Tiang dipercayai tersangkut pada sebuah treler yang melalui Jalan Ahmad Boestaman hadapan Maybank Slim River yang mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan akhbar.

 

Beliau berkata, temu bual saksi mendapati kejadian berlaku pukul 6.30 pagi apabila sebuah treler yang dipandu seorang lelaki bersama dua kelindan melalui jalan tersebut.

 

“Treler tersebut mahu keluar semula ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh dan pemandu tidak sedar kontena treler tersangkut pada dawai elektrik hingga menyebabkan beberapa tiang tumbang dan dawai terputus.

 

“Usaha untuk mengesan  pemandu lori sedang dijalankan disebabkan pemandu telah meneruskan perjalanan selepas kejadian dan tindakan saman akan diambil,” katanya.

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari…
Berita Domestik
  "Kes sedang disiasat Unit Siasatan Kemalangan Lebuh Raya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan…
Berita Domestik
Kejadian jam 6.30 petang itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala laluan di dua-dua…