Menurutnya, siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari sekolahnya di Batu Lanchang menuju ke rumahnya di Gelugor.
“Apabila melalui tempat kejadian, tiba-tiba sebuah motosikal yang lain dari arah kiri telah terlanggar motosikal mangsa.
“Akibat impak tersebut, mangsa telah terjatuh di atas jalan raya setelah bergesel dengan sebuah kereta di sebelah kanan lalu terlanggar oleh sebuah lori di sebelah kiri jalan,” katanya pada Jumaat.
Katanya, mangsa yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang namun meninggal dunia di hospital pada pukul 6.09 petang Khamis.
“Pemandu lori dan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Justeru, beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular satu video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan kejadian motosikal yang mangsa tunggang dihimpit sebuah motosikal lain di antara sebuah kereta dan lori kecil.
Mangsa yang terjatuh di tengah jalan kemudiannya dirempuh pula dengan lori yang berada di sebelah kiri jalan terbabit. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.
- salam takziah kepada mangsa -