Polis Kelantan: Tiada kelonggaran untuk penjaja jalanan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis tidak bercadang untuk mempertimbangkan rayuan para penjaja jalanan supaya diberi kelonggaran berniaga di persimpangan lampu isyarat di negeri ini.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ini kerana, aktiviti tersebut berisiko dan membahayakan pengguna jalan berdasarkan siasatan dan aduan orang ramai.
Modenas

 

Katanya, polis menerima rungutan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang mengakui nyaris terlanggar penjaja jalanan itu.

 

Ujarnya, ada dalam kalangan penunggang motosikal mendakwa terlibat dalam kemalangan kecil ekoran tidak nampak kehadiran penjaja terbabit di celah-celah kenderaan.

 

“Kita sudah memberi tempoh sebulan untuk penjaja terbabit menjalankan perniagaan dengan kaedah lain dan bukan lagi dengan cara menjaja di kawasan lampu isyarat.

 

“Aktiviti ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya malah kepada penjaja itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

 

Mengulas lanjut, Shafien berkata, penjaja terbabit boleh berniaga seperti biasa tetapi bukan di persimpangan lampu isyarat kerana mereka bakal berdepan tindakan saman.

 

Katanya, bagaimanapun, beliau telah mengarahkan anggota bahagian trafik supaya tidak terus menyaman, sebaliknya memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu kepada penjaja terbabit.

 

“Dalam masa sama, saya berharap orang ramai supaya sama-sama mendidik para penjaja ini. Jika mahu ambil tindakan saman, hari-hari boleh ambil tetapi kita juga mahu mendidik mereka.

 

“Saya faham dengan pelbagai kekangan hari ini, memang orang ramai masing-masing hendak mencari duit. Tetapi jangan sampai membahayakan pengguna jalan raya, ” ujarnya. 

 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sebelum ini, kami telah menerima 244 kenderaan yang masih digunakan. Kami kini mempunyai 288 unit…
Berita Domestik
  Menurutnya, JSPT ingin menegaskan video yang ditularkan adalah operasi yang dijalankan oleh JSPT…
Informasi
  Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias…