Polis Kelantan: Pembeli dan peniaga di lampu isyarat akan disaman bermula minggu ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Kelantan akan mengeluarkan saman terhadap pembeli dan peniaga yang menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat bermula minggu ini.


Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan saman kepada peniaga serta pembeli dan mereka boleh dihadapkan ke mahkamah dan didenda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.


NISSAN MREC Banner Campaign Mar

 

Katanya, pihaknya sebelum ini sudah memberi nasihat kepada semua peniaga yang menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat supaya tidak meneruskannya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

 

"Kami memandang serius akan perkara ini kerana ia menyalahi undang-undang lalu lintas.

 

"Bermula minggu ini, kami akan memastikan tidak ada lagi peniaga yang menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat," katanya ketika dihubungi.

 

Mernurutnya, tindakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan di bawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya," katanya.

 

Media sebelum ini melaporkan, pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu adalah satu kesalahan.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
“Peraturan sedia ada memperuntukkan seseorang itu perlu ada lesen memandu yang sah di jalan raya,…
Berita Global
Disinilah terletaknya ruang kosong yang boleh diisi oleh Ford Maverick, sebuah trak pikap bersaiz…
Berita Global
Ia adalah satu fenomena yang bukan unik di Malaysia, tetapi adalah satu tren global. Menurut sumber…