Polis Kelantan: 22 penjaja jalanan disaman

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seramai 22 orang penjaja jalanan yang berniaga di kawasan persimpangan lampu isyarat di sekitar daerah ini di saman pihak polis dalam satu operasi khas baru-baru ini.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, semua saman itu dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, semua penjaja berusia dalam lingkungan 20-an disaman ketika mereka sedang menjual di sekitar Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Jalan Lembah Sireh.

 

“Tindakan dikenakan terhadap mereka mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan dibawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

 

“Penjaja yang disaman akan dihadapkan ke mahkamah boleh didenda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan. Mereka juga diberi tempoh dalam masa sebulan untuk hadir prosiding perbicaraan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

 

Menurut Mohd. Zamri, bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada pembeli setakat ini.

 

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Hor di sini hari ini mendapati beberapa penjaja masih menjual air kepada pemandu dan penumpang kereta yang berhenti di kawasan tersebut.

 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, polis menerima rungutan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang…
Informasi
  Mengikut pertuduhan kes, dia didakwa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux di bawah pengaruh…
Berita Domestik
Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat…