Polis Johor terima 34 buah Toyota Hilux ganti Land Rover

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Raja Jaafar Ali
Polis Johor menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kenderaan itu bagi menggantikan Land Rover yang telah dilupuskan.

Menurutnya, Toyota Hilux berkenaan adalah untuk kegunaan Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pada 15 Februari lalu, Polis Johor telah menerima 34 buah kenderaan jenis Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta.

 

“Kenderaan ini telah diubahsuai dengan kelengkapan peralatan dan aksesori tambahan termasuk dashcam, alat pemadam api dan peti pertolongan cemas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

 

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

 

Ayob Khan berkata, pengagihan kenderaan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sebuah ditempatkan di IPK Johor, masing-masing tiga dan dua buah di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…