Polis Johor buru pemilik kenderaan nombor plat 'fancy'

oleh SALINA JALIL|
Polis Johor akan memburu semua pemilik kenderaan yang menggunakan nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi atau 'fancy' tanpa diskriminasi termasuk pegawai dan anggota polis.
Modenas

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata sebanyak 9,985 saman dikeluarkan di negeri ini bagi kesalahan nombor pendaftaran 'fancy' bermula Januari hingga semalam.

 

Justeru katanya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( JSPT) Johor akan menjalankan Op Khas bagi kesalahan nombor pendaftaran kenderaan dan lampu isyarat secara menyeluruh pada 15 hingga 31 Disember ini.


 
"Oleh itu, kita akan bermula di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk mengesan kesalahan ini tanpa tolak ansur," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Johor Bahru Utara ( JBU) di sini hari ini.

 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner, Rupeah Abd Wahid.

 

Menurut Ayob Khan, tindakan mengubah nombor plat kenderaan menyebabkan banyak implikasi dan lebih serius membabitkan kes jenayah.

 

Beliau berkata, jika sabit kesalahan pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan undang- undang di bawah Seksyen 14 ( 4) Akta Pengangkutan 1987 ( Plat fancy/ kabur/kotor) dan denda tidak melebihi RM 3,000," katanya.

 

plat

 

 

 

Mengulas mengenai kaunter semakan dan tawaran diskaun 50 peratus kontinjen Johor, Ayob Khan berkata, hanya 27 peratus sahaja yang membayar saman daripada keseluruhan 13,391,575 yang didaftarkan dari tahun 2000 hingga 30 November tahun ini.

 

"Jumlah keseluruhan bayaran yang diterima ialah RM3.6 juta manakala bakinya 73 peratus membabitkan RM9.6 juta.

 

"Semua saman layak mendapat diskaun kecuali saman berstatus bicara mahkamah, saman kesalahan Op Selamat tahun semasa, saman kemalangan tahun semasa, saman berstatus waran tangkap tahun semasa, saman melibatkan motor dan lori tahun 2018, 2019 dan 2020. Serta saman berstatus NC (Non Compoundable) tahun 2018, 2019 dan 2020.

 

"Tujuan kaunter tawaran saman ini bagi menggalakkan orang ramai bayar saman, menyelesaikan saman tertunggak, meningkatkan kadar penyelesaian saman dan memahami kekangan kewangan dihadapi orang ramai," katanya.

 

 

Harian Metro

 


 

Add new comment