Polis Jepun dapat kereta peronda Lexus LC 500!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model pantas seperti Nissan GT-R R35, dan model kereta sports era 90-an seperti Mazda RX-7 FD, Nissan Skyline GT-R R34 dan Subaru Impreza WRX STi, pihak polis Jepun kini mendapat mainan baharu, sebuah Lexus LC 500 sebagai jentera peronda baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit Lexus LC 500 yang dimaksudkan itu didermakan oleh eksekutif Lexus, Kazuo Nakamura kepada Tochigi Prefectural Police Department yang sebelum ini terkenal dengan barisan kereta polis pantas.

 


Pihak Polis Tochigi Prefectural akan menggunakan Lexus LC 500 ini di bawah seliaan Mobile Traffic Unit dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan semestinya menghentikan pesalah yang cuba untuk melarikan diri.

Sama seperti jentera polis Jepun yang lain, Lexus LC 500 ini diberikan liveri polis hitam dan putih, bar lampu pada bumbung, serta lampu limpah yang tersembunyi di sebalik gril hadapan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lexus LC 500 ini menerima modifikasi terhadap trenkuasanya, namun secara asasnya enjin 5.0 liter V8 aspirasi natural standard kilang sudah cukup berupaya untuk menjana 471 hp dan 540 Nm.

 


Setakat nak kejar Honda Civic acah Type R, atau Toyota Passo melayan kanjo tu apalah sangat...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…