Polis Itali jadi superhero - hantar organ derma guna Huracan!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjadi superhero, anda tidak semestinya mempunyai kuasa yang hebat dan penampilan yang tampan untuk menyelamatkan dunia, namun dalam kes yang kami paparkan kali ini, kuasa sememangnya diperlukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kuasa yang kami maksudkan adalah kereta polis Lamborghini Huracan yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengangkut organ buah pinggang untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Menurut laporan daripada En24, pihak polis tempatan Itali telah menerima panggilan untuk membantu membawa organ yang dimaksudkan dari Rome ke Padua dengan kadar yang segera.

Sebagai makluman, jarak antara dua lokasi tersebut adalah sekitar 500 km, dan mengambil masa sekitar empat jam untuk sampai ke tempat yang dituju.
 

 


Namun, pihak polis Itali dengan bantuan jentera Lamborghini Huracan tadi berjaya menghantar organ yang diminta dalam masa dua jam sahaja dengan kelajuan purata 230 km/j!

Mujur dengan bantuan pantas polis Itali, organ itu berjaya dihantar dengan selamat dan dibawa masuk ke bilik pembedahan yang berlangsung di Gemelli University Hospital.

Kereta Polis Lamborghini Huracan yang digunakan tidaklah kosong tanpa sebarang kelengkapan penting, di mana ia menampilkan peralatan rakaman, kamera video, radio polis, pemadam kebakaran dan juga sistem storan penyejukan yang amat berguna sekali untuk tujuan penghantaran organ derma seperti kes di atas.

Terdapat juga kereta-kereta lain yang boleh digunakan, namun di dalam kes yang menentukan antara hidup dan mati, sudah pasti Lamborghini Huracan adalah pilihan yang paling ideal.

Sumber: En24

Berita Berkenaan

Berita Global
Huracan tersebut telah disumbang oleh Lamborghini untuk Polis Itali beberapa tahun yang lepas,…