Polis Itali guna Lamborghini Huracan untuk hantar dua buah pinggang

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Dalam satu kejadian kecemasan baru-baru ini di Itali, Polis Itali telah menggunakan sebuah Lamborghini Huracan bagi menghantar dua buah pinggang untuk dua orang pesakit yang terletak di hospital berasingan merangkumi jarak sehingga 400 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Huracan tersebut telah disumbang oleh Lamborghini untuk Polis Itali beberapa tahun yang lepas, dalam kejadian tersebut, pegawai polis terlibat telah memandu Huracan dengan nadi V10 itu ke lokasi pertama sejauh 168 km untuk menghantar buah pinggang pertama, kemudian menyambung perjalanan ke hospital di Rome.

 

2

 

Menurut hantaran di Facebook, Polis Itali berkata, "Mengembara di lebuh raya untuk menyampaikan hadiah Krismas yang paling indah: kehidupan. Terima kasih kepada Santa Claus khas Polis Negeri, dua orang dikurniakan buah pinggang."

"Organ itu dihantar oleh pegawai polis menggunakan Lamborghini Huracan, menghantar dua buah pinggang di hospital Modena dan Rom."

 

3

 

Selain dilengkapi livery dan lampu bumbung polis, Huracan itu turut dilengkapi defibrilator dan peralatan rakaman dengan kamera video untuk memantau apa yang dilakukan oleh polis.

Selain dihasilkan untuk prestasi dan kelajuan, Lamborghini tersebut sememangnya dapat dimanfaatkan dengan perkara yang dapat membantu masyarakat dan menyelamatkan nyawa jika digunakan dengan betul.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…