Menurut Mejar Jeneral Abdullah Khalifa Al Marri, Panglima Tertinggi Polis Dubai, inisiatif itu berdasarkan hasrat kerajaan UAE untuk melindungi dan membantu penduduk tidak kira dari lapisan mana pun untuk mematuhi undang-undang.
Ia juga selaras dengan kehendak Yang Mulia Sheikh Mahammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden dan Presiden UAE serta Pemerintah Dubai.
Pengguna jalanraya tidak perlu membayar saman mereka (pada kadar yang ditentukan) selagi mereka mematuhi undang-undang trafik sepanjang tahun ini.
Diskaun unik itu diberi dalam bentuk berikut:
- Patuh undang-undang trafik selama tiga bulan dan dapat diskaun saman 25 peratus.
- Patuh undang-undang trafik selama enam bulan dan dapat diskaun saman 50 peratus.
- Patuh undang-undang trafik selama sembilan bulan dan dapat diskaun saman 75 peratus.
- Patuh undang-undang trafik selama setahun dan dapat diskaun saman 100 peratus.
Tawaran tersebut hanya terbatas untuk kenderaan milik persendirian sahaja.
Ia tidak termasuk kenderaan milik syarikat, kenderaan sewa atau kenderaan milik syarikat pengangkutan awam dan syarikat lori.
Penduduk yang tinggal di luar Dubai lebih dari tiga bulan berturut-turut juga tidak akan menerima insentif ini.
Diskaun itu juga tidak membabitkan saman-saman oleh JPJ Dubai dan Majlis Bandaraya Dubai.
Jelas duit bukan menjadi insentif utama di dalam inisiatif ini.