Ia bukanlah diperoleh menerusi pembelian daripada pengeluar sebenar, sebaliknya menerusi rampasan daripada kes-kes jenayah di negara tersebut.
Salah satu contoh adalah Ferrari 458 Italia yang dipaparkan dalam artikel ini.

Tiada sebarang info berhubung sebab musabab kereta ini dirampas daripada pemilik asal, namun pihak berkuasa tempatan segera membuat keputusan untuk menggunakan jentera Ferrari ini bagi menangani masalah lumba haram dan tugas rondaan di lebuh raya.
Terdapat beberapa ubahsuai yang dibuat seperti cat perak, liveri wajib polis, sistem kamera baharu, sistem komunikasi polis serta pistol radar.
Secara keseluruhan, pihak polis telah membelanjakan CZK340,000 (RM62,548) untuk menyediakan Ferrari 458 Italia ini sebagai sebuah kereta polis yang sempurna.

Lebih menarik, sebelum dikerahkan sebagai kereta polis, Ferrari 458 Italia ini telah disimpan selama 10 tahun dan mempunyai jarak perbatuan sekitar 2,000 km sahaja!
Ferrari 458 Italia ini merupakan salah satu daripada hampir 900 unit kenderaan yang dirampas pada tahun lalu.

Kebanyakan kereta yang dirampas telah dijual, dan hasil jualan digunakan semula bagi menampung dan membaiki kerosakan aset yang disebabkan oleh penjenayah.
Hanya segelintir jentera yang dirasakan perlu akan digunakan semula oleh pasukan polis negara tersebut.