Ini kerana pasukan polis negara itu sudah pun menerima 10 unit wagon BMW 540i xDrive Touring untuk ditugaskan sebagai kereta peronda.

Secara keseluruhan, pasukan polis Czech Republic bakal menerima tidak kurang daripada 70 unit kenderaan baharu daripada pengeluar automotif Jerman.
Separuh daripada 10 unit wagon 5 Series itu akan digunakan untuk tujuan rondaan pemantauan di lebuh raya dan dipadankan dengan liveri yang agak menarik perhatian.
Sementara lima unit lagi akan kekal menjadi kereta yang tidak bertanda dan digunakan untuk tujuan aksi kejar mengejar berkelajuan tinggi.

Seperti biasa, kesemua unit BMW 540i xDrive itu telah diubahsuai dengan kelengkapan tipikal pasukan polis, seperti contoh sistem komunikasi, kamera, siren serta lampu tambahan yang diperlukan.
Dari segi kuasa, BMW 540i xDrive Touring itu dijana dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter hibrid ringan yang berupaya menghasilkan 335 hp @ 5,500 rpm dan daya kilas 449 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.