Selain motosikal dan lori kontena, turut terbabit kemalangan dua kenderaan lain.
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa di lorong tengah dari arah USJ menghala Plaza Tol Puchong Barat, sebelum terbabit kemalangan dengan Perodua Bezza," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.
Kemalangan mengakibatkan motosikal hilang kawalan dan bergesel dua kenderaan lain di lorong kiri.
Mangsa terjatuh di lorong tengah sebelum digilis lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wan Azlan meminta pemandu kereta Perodua Bezza terbabit kemalangan itu untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membantu siasatan.
Beliau turut meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.