Polis cari lelaki melompat, melintas landasan monorel Bukit Bintang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Bernama
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menceroboh, melompat dan melintas landasan Monorel Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, perbuatan suspek dikesan selepas satu video rakaman berdurasi 4 saat tular di media sosial pada jam lebih kurang 11.35 malam 24 September lalu.

Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Xiaohongshu Manchys di laman sesawang www.xiaohongshu.com/explore memaparkan seorang lelaki sedang melompat melintasi landasan Monorel Bukit Bintang.

Polis menerima laporan berkaitan insiden itu daripada polis bantuan Prasarana pada hari Rabu jam 9.34 malam.

“Usaha mengesan suspek telah dibuat oleh polis bantuan Prasarana untuk menangkap penceroboh itu namun gagal yang mana identity suspek masih belum dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan Khamis malam.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda jika disabitkan kesalahan.

Artikel sepenuhnya di Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Kekerapan tren ketika ini adalah sekitar lapan hingga 10 minit. "Pengumuman juga sudah dibuat di…
Berita Domestik
"Maklumat dari pihak pengurusan monorel keadaan di lokasi adalah terkawal dan kerja-kerja…
Informasi
Pengukuran MKBF diguna pakai Prasarana sejak 2023 adalah penanda aras utama bagi mengukur prestasi…