Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 9.45 pagi hari yang sama.
"Motosikal yang ditunggang hilang kawalan tergelincir lalu terbabas masuk di bahu kiri jalan.
"Salah seorang penunggang yang berjaya dikesan memaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan manakala dua lagi belum dapat dihubungi," katanya dalam kenyataan.
Ujarnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menghubungi penunggang berkenaan untuk tampil memberikan kerjasama.
Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.