Polis cari 4X4 rempuh sekatan jalanraya di Sabah

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak polis sedang mencari pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Ford Ranger warna kelabu yang merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kolombong, Jumaat lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian jam 8 malam itu tidak mencederakan tujuh anggota-anggota polis, ATM dan Rela yang bertugas di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji, rempuhan itu menyebabkan kerosakan pada padan tanda, lampu amaran dan peralatan lain.

Kes kedua di lokasi SJR yang sama itu sedang disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan bahaya.

Kes pertama berlaku pada 3 April lalu dan pemandu terlibat telah menyerah diri di Balai Polis Daerah Kota Kinabalu sehari selepas kejadian.

* Laporan dari IG BeritaRTM
** Gambar utama sekadar hiasan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…