Polis California bagi duit raya $100 kepada pengguna jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Selalunya apabila terdapat sekatan jalan raya, kebanyakan di antara kita akan mula gelabah, apatah lagi jika cukai jalan sudah pun tamat tempoh beberapa bulan yang lalu, atau kita terlupa untuk memperbaharui lesen memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ada juga yang terlebih berani berpatah balik kerana tidak sanggup berhadapan dengan sekeping surat yang bakal meragut kebahagiaan masa hadapan.

Namun, lain pula ceritanya di California apabila pasukan polis Madera County Sheriff's Officer bertindak menahan beberapa orang pengguna jalan raya dan sebagai ganti kepada surat saman, mereka menghulurkan wang bernilai $100 (RM412). 

Reaksi yang diterima bercampur-campur, namun sebilangan besar pengguna jalan raya tersebut terkejut dan bersyukur dengan pemberian tersebut. 

Malah, ada juga yang melahirkan rasa terharu dengan tindakan murah hati pasukan polis tersebut, apatah lagi ianya berlaku beberapa hari sebelum perayaan Krismas menjelang. 

Dengan kerjasama persatuan peladang Agriland Farming Company Inc., MCSO telah berjaya mengutip dana sebanyak $5,000 (RM20,638) sebelum ianya didermakan kepada kira-kira 50 orang pemandu yang 'ditahan' pada hari kejadian. 

Operasi ini turut dinamakan sebagai: Random Acts of Kindness 2019

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…