Polis buru penunggang motosikal baling sepana

oleh Mohamad Hanif|
Polis sedang memburu seorang penunggang motosikal disyaki membaling sepana ke arah cermin sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah hingga pecah di Jalan Kuching, di sini semalam.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Kejadian pada jam 4 petang itu dipercayai apabila penunggang motosikal tidak berpuas hati selepas pemandu Toyota Vellfire membunyikan hon sejurus kenderaannya dipotong oleh suspek di lorong paling kanan secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan mendapati penunggang motosikal itu turut menunjukkan isyarat lucah, namun tidak diendahkan lelaki memandu Vellfire yang meneruskan pemanduan seperti biasa.

"Menerusi cermin sisi, pemandu Vellfire kemudian melihat penunggang motosikal menghimpit kenderaannya dan membaling objek hingga menyebabkan cermin belakang pecah. Dia memberhentikan kenderaan dan mendapati penunggang terbabit membaling sepana," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dan meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, yang memegang jawatan sebagai Penolong…
Berita Domestik
  "Kenderaan itu dikesan menggunakan strobe light di bahagian cermin hadapan.   "Pemandu berusia…
Berita Domestik
  "Ketika dihampiri, kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire itu memecut laju dan enggan berhenti…