Polis buru penunggang buat aksi 'Superman' di Lebuhraya Utara Selatan

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata rakaman video perbuatan sekumpulan penunggang motosikal berkenaan yang melakukan aksi 'Superman' dan zig-zag tersebar menerusi laman sosial sejak Ahad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan kesemua penunggang motosikal berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Tindakan penunggang motosikal ini telah menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya yang lain dan risiko kemalangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan video yang tular itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Alauddin Salehudin di talian 013-642 0184 atau 03-6064 1222.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…