Polis buru pemandu, penumpang Toyota Vellfire rempuh SJR, palang tol

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya Elite, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kenderaan yang kelihatan mencurigakan itu pada mulanya telah diarah berhenti di SJR di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya pada kira-kira pukul 11.30 malam.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

"Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut meninggalkan SJR," katanya, dan menambah polis kemudiannya membuat hebahan maklumat di Pusat Kawalan Polis untuk mengesan kenderaan berkenaan.

Beliau berkata kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kenderaan itu di Lebuhraya Putrajaya dan ia kemudiannya merempuh palang tol susur keluar Lebuhraya Elite menghala ke Lapangan Terbang Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar Lebuhraya Elite ke Dengkil.

"Kenderaan itu seterusnya merempuh satu lagi SJR ketika melalui Jalan Dengkil-Banting dengan melanggar kon polis yang diletakkan di atas jalan raya sebelum terbabas di bahu jalan ketika di Kampung Olak Lempit, Banting," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kenderaan itu di Lebuhraya Putrajaya dan ia kemudiannya merempuh palang tol susur keluar Lebuhraya Elite menghala ke Lapangan Terbang Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar Lebuhraya Elite ke Dengkil.

"Kenderaan itu seterusnya merempuh satu lagi SJR ketika melalui Jalan Dengkil-Banting dengan melanggar kon polis yang diletakkan di atas jalan raya sebelum terbabas di bahu jalan ketika di Kampung Olak Lempit, Banting," katanya dalam kenyataan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Domestik
Mei tahun lalu, seorang doktor telah menyaman pengarah JPJ Pulau Pinang, ketua pengarah dan…
Model Terbaharu
Untuk pasaran tempatan, Toyota Alphard 2023 akan ditawarkan dengan enjin 2.4 liter turbo T24A-FTS…