“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 8.50 malam ketika dua anggota polis dari balai BSI sedang bertugas di laluan bas.
“Pada mulanya polis menahan kenderaan dipandu suspek selepas mendapati dia tidak menggunakan laluan yang dibenarkan. Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek bertindak melarikan diri dan memandu secara berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Suspek melarikan diri sejauh tujuh kilometer (km) dan dikejar dua motosikal polis trafik serta lima buah unit kereta peronda (MPV).
Raub berkata, suspek kemudian berhenti dan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan sebelum melarikan diri ke dalam kawasan semak.
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang ditinggalkan itu pihaknya menemui sebatang kayu golf dan sebilah pisau berukuran 18 sentimeter.
Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Suspek telah didaftarkan sebagai orang yang dikehendaki polis dan usaha mengesannya giat dijalankan.