Polis Australia uji Hyundai Ioniq 5, Toyota Mirai

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan polis Western Australia baru-baru ini menerima kehadiran dua buah unit kenderaan elektrik, iaitu Hyundai Ioniq 5 dan Toyota Mirai serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua unit kenderaan mesra alam itu akan dinilai dan diuji mengikut standard yang ketat sebelum diserap masuk sebagai kenderaan peronda polis (MPV).

Seperti kenderaan polis yang lain, Ioniq 5 dan Mirai itu dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan seperti bar lampu, siren, liveri polis dan sistem komunikasi tersendiri.
 

mirai ioniq


Hyundai Ioniq 5 akan diuji di balai polis State Traffic, serta balai-balai yang terletak di sekitar Midland, Rockingham, Geraldton dan Bunburry. Sementara Toyota Mirai pula akan diuji di sekitar Fremantle District.

Difahamkan, Hyundai Ioniq 5 bakal dipertimbangkan untuk diserap masuk sebagai kenderaan polis Class 1 yang membolehkannya digunakan untuk tugas rondaan di lebuh raya.

Sebelum ini, pasukan polis tersebut menggunakan khidmat kereta seperti Kia Stinger, Chrysler 300, BMW 5-Series, BMW X5, Skoda Superb untuk tugasan polis seharian.

Malah, mereka juga turut memiliki sebuah Land Cruiser 78 Series untuk kegunaan tugasan di luar bandar terutama kawasan terpencil.