Polis Australia sita trak pikap tinggi - modifikasi haram

oleh HEZERI SAMSURI|
Ramai netizen di Malaysia sering berkata pihak berkuasa tempatan terlalu tegas kerana tidak membenarkan modifikasi kenderaan.

Sebenarnya, ada banyak negara-negara luar yang sangat tegas akan modifikasi dan Malaysia masih lagi dikira berlembut di dalam hal ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, polis di Australia sedang mengadakan kempen sita dan denda untuk trak-trak pikap yang telah diubahsuai untuk menjadi lebih tinggi dengan menggunakan lift-kit.

Operasi Lift itu dilaporkan oleh stesen TV Australia, 7 News Gold Coast.

Sebenarnya, polis di kawasan Gold Coast itu menahan dan merampas trak pikap dan SUV yang ditinggikan menggunakan kit-kit yang tidak diluluskan.

 

 

"Modifikasi yang tidak betul ini membahayakan kerana ia mengubah cara pengendalian trak pikap itu dan juga prestasi brek. Ini menambahkan risiko kepada pemandu dan pengguna lain," ujar polis yang diwawancara oleh stesen TV tersebut.

Menurut undang-undang Queensland, modifikasi lift yang dibenarkan ialah lima inci dari ketinggian standard, tetapi ia memerlukan surat kebenaran agar ia dipastikan selamat digunakan.

Jika kenderaan itu ditinggikan tidak lebih dari tiga inci dan hanya menggunakan modifikasi sistem gantungan dan tayar sahaja, tiada pengesahan diperlukan.

Sebenarnya, undang-undang Australia lebih lengkap kerana ia sudah memasukan modifikasi yang dibenarkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…