Jentera M3 Competition tersebut ditampilkan dengan warna asas putih sebelum ditampalkan liveri grafik Highway Patrol berwarna kuning dan biru, serta pemasangan lampu strobe wajib.
Mengikut spesifikasi, BMW M3 Competition hadir dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar, dan berupaya menghasilkan 503 hp dan 650 Nm secara standard.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 3.8 saat, sudah cukup pantas untuk digunakan dalam adegan kejar mengejar.
Sebelum ini, pihak berkuasa di Australia turut menggunakan beberapa unit jentera pantas ketika membuat rondaan di lebuh raya, seperti BMW M5 Competition pada tahun 2019, Mercedes-AMG E 43 serta sebuah SUV elektrik Tesla Model X.