Polis akui sukar bertugas disebabkan jarak gerak EV yang terhad

oleh Mohamad Hanif|
Faktor jarak gerak kenderaan elektrik yang terhad serta kekurangan infrastruktur pengecasan antara penyebab EV tidak digunakan secara meluas di kalangan pihak berkuasa.

Itu antara yang disuarakan oleh Gloucestershire Constabulary yang merupakan pasukan polis dengan bilangan kenderaan elektrik terbesar di UK, di mana 21 peratus daripada 435 kenderaan terdiri daripada EV (66 unit Nissan LEAF, sembilan van Nissan NV200).

Menurut Pesuruhjayanya, Chris Nelson berkata, ramai dikalangan anggota polis terpaksa berdepan dengan situasi kereta peronda kehabisan tenaga semasa bertugas.

"Saya dengar pelbagai masalah timbul sewaktu menggunakan EV, antaranya kesukaran mencari fasiliti pengecasan, kehabisan tenaga elektrik dan perlu menggantikannya dengan kenderaan lain.

"Walaupun saya faham dan menyokong gerakan untuk mengawal perubahan iklim, keutamaan saya adalah untuk membanteras jenayah," jelasnya lagi.

Kerajaan Britain akan mengharamkan penjualan kenderaan berenjin petrol dan diesel menjelang tahun 2030, dan ini bermakna setiap pasukan polis hanya mempunyai tempoh masa tujuh tahun untuk melengkapkan armada mereka.

Menurut laporan The Telegraph, peningkatan berat disebabkan oleh kelengkapan polis yang dimuatkan sememangnya beri kesan kepada jarak gerak sesebuah kereta peronda elektrik.

Disebabkan itu juga, 10 pasukan polis di UK masih lagi belum membuat sebarang pembelian kenderaan elektrik.

Sumber: The Telegraph

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan sahaja dengan trenkuasa yang tidak mencemarkan alam sekitar, malah mereka juga komited untuk…
Berita Domestik
Perkara tersebut boleh dilihat melalui pengenalan pelbagai model EV dari pelbagai jenama yang…
Berita Global
Namun, sebuah syarikat pemula dari India, Tadpole Projects tampil mendahului Suzuki dengan projek…