Polestones 01 2023 rasmi dilancarkan di China, 469 hp, 760 Nm, jarak gerak sifar emisi 235 km

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, pasti akan ada jenama automotif baharu yang akan muncul dari Tanah Besar China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestones Automobiles, sebuah jenama baharu yang diwujudkan oleh BAIC telah mendedahkan secara rasmi model pertama mereka berbentuk SUV off-road 01.
 

Polestones


Ya, anda mungkin pernah melihat kelibat SUV ini, memandangkan ia sebenarnya merupakan model yang sama pernah kami siarkan sebelum ini dengan menggunakan nama Jishi 01.

Baca: BAIC Jishi 01

Ia membawakan ukuran sepanjang 5,050 mm (atau 5,295 mm untuk versi tujuh tempat duduk), lebar 1,980 mm, tinggi 1,869 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,010 mm.

Jika dilihat daripada beberapa sudut, Polestones 01 sememangnya mengingatkan kita kepada model Land Rover Defender 130, dengan unit lampu utama yang diinspirasikan daripada Lexus GX.
 

polestones


Polestones 01 merupakan sebuah SUV plug-in hybrid dengan menampilkan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang menjadi unit penjana tenaga (atau penambah jarak) bagi sepasang motor elektrik berkuasa 469 hp dan 740 Nm.

Pecutan 0-100 km/j memakan masa 5.5 saat sahaja, sementara pek bateri 56 kWh pula memberikan jarak gerak sifar emisi sejauh 235 km (data WLTP), atau sehingga 1,115 km dengan menggunakan khidmat enjin itu tadi.
 

polestones


Susun atur ruang kabin juga dilihat mengikut contoh daripada model yang kami sebutkan tadi, namun dengan penampilan yang lebih ringkas.

Terdapat roda stereng dua jejari, skrin kluster digital, skrin tengah seakan model Tesla, pengecasan peranti tanpa wayar, tempat duduk balutan kulit serta cermin pandang belakang digital.

Tempat duduk baris kedua didatangkan eksklusif dengan skrin besar yang boleh dibuka daripada bumbung, kerusi kapten yang lengkap dengan tempat perehat tangan, fungsi pemanas dan fungsi urut yang disediakan.
 

polestones


Untuk kegunaan di luar grid, Polestones 01 telah dilengkapi dengan ruang dapur kecil di bahagian pintu tailgate belakang dengan ciri seperti dapur induksi, ruang storan perkakasan memasak, serta water dispenser.

Dari segi keselamatan, Polestones 01 datang standard dengan enam unit kamera, radar gelombang 5 mm, serta 12 penderia ultra bunyi di mana terdapat opsyen untuk naiktaraf kepada tiga unit LiDAR, 12 kamera, radar gelombang 5 mm dan 12 penderia ultra bunyi untuk sistem pemanduan autonomi yang lebih maju.

Buat masa ini, harga jualan masih lagi belum diumumkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…
Berita Global
Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada…