Polestar Precept sah bakal masuk produksi!

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Polestar telah mendedahkan secara rasmi model konsep Grand Tourer Polestar Precept yang membawakan bahasa rekaan Minimalistic Athleticism.
Modenas

Berita baiknya, CEO Polestar Thomas Ingenlath baru-baru ini mengumumkan mereka bersetuju untuk menjadikan model konsep itu menjadi satu realiti berdasarkan maklum balas positif yang diterima oleh orang ramai.

Difahamkan, fasa pembangunan model produksi itu sudah pun dimulakan dan bakal dibina di sebuah fasiliti produksi serba baharu yang terletak di China.

 


Malah, Polestar turut menjamin rekaan ruang kabin yang mesra alam - menggunakan bahan kitar semula daripada jaring nelayan dan penutup botol - akan turut dibawakan ke dalam model produksi.

Antara ciri menarik yang terdapat pada Polestar Precept adalah rekaan lampu Thor terbelah dua, pemegang pintu yang tertanam, rekaan pintu suicide, jarak antara roda yang amat panjang, rim bersaiz 22 inci, dan ciri 'SmartZone' yang menggantikan peranan gril tradisional.

Menurut Polestar, SmartZone ini menempatkan unit radar, penderia ultrasonik dan kamera berdefinisi tinggi sudut lebar yang digunakan oleh sistem pemanduan semi-autonomi.

 


Memasuki ruang kabin, terdapat empat tempat duduk disediakan dan skrin infotainmen berkuasa Android bersaiz 15 inci, sementara di hadapan pemandu terdapat roda stereng jenis bawah rata, dan skrin kluster digital sembilan inci.

Tiada sebarang informasi lanjut berkenaan spesifikasi trenkuasa, serta tarikh pelancaran sebenar untuk model terbaharu dari Polestar ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Polestar Precept merupakan sebuah grand tourer empat pintu berkuasa elektrik sepenuhnya dan menurut…
Berita Global
Berdasarkan informasi yang diberikan oleh pihak Polestar, Precept menggambarkan visi arah masa…