Polestar Precept: Konsep Grand Tourer empat pintu berkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Polestar Precept telah pun diperlihatkan secara rasmi oleh Polestar lebih kurang dua bulan yang lepas, menampilkan konsep kereta elektrik serba baharu yang hadir daripada jenama yang dimiliki oleh Volvo itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polestar Precept merupakan sebuah grand tourer empat pintu berkuasa elektrik sepenuhnya dan menurut CEO-nya, Thomas Ingenlath, "Precept merupakan sebuah deklarasi dan visi yang membuatkan Polestar teguh berdiri dan menjadikannya sebuah jenama yang relevan.

"Polestar Precept merupakan respon kami untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan industri," ujarnya lagi.

 


Dari sudut luaran, Precept sememangnya nampak futuristik, terima kasih kepada falsafah bahasa rekaan yang digelar sebagai Minimalistic Athleticism dan bakal menjadi bahasa rekaan utama di dalam pembangunan model-model Polestar akan datang.

Jarak antara roda juga sangat panjang, sekitar 3.1 meter yang sengaja dibuat bagi bagi memuatkan pek bateri yang sangat besar, dan menawarkan ruang kaki yang sangat luas untuk penumpang belakang.

 


Rekaan ikonik Tukul Thor telah diberikan nafas baharu menjadi sebuah unit dengan dua seksyen lampu yang berbeza, dan bahagian yang biasanya menjadi ruang gril digelar sebagai SmartZone.

SmartZone merupakan kawasan di mana Polestar menumpukan segala macam penderia untuk ciri keselamatan, termasuklah penderia radar dan kamera berdefinisi tinggi.

Ini turut dilengkapkan dengan rekaan ala pod di bumbung yang turut menjadi perumah kepada modul Lidar - menandakan Polestar Precept bersedia untuk pemanduan autonomi yang lebih maju.

 


Sementara itu, di bahagian sisi menampilkan rekaan yang bercirikan aerodinamik manakala peranan cermin sisi telah digantikan dengan kamera sisi yang direka untuk mengurangkan kadar pekali seretan, selain meningkatkan jarak operasi kereta.

Polestar merupakan antara jenama automotif pertama yang menggunakan perisian Human Machine Interface (HMI) daripada Google, dan ia diteruskan penggunaannya pada model Precept ini.

 


Ia terdiri daripada skrin tengah bersaiz 15 inci serta skrin paparan di hadapan pemandu bersaiz 12.5 inci, dan dibantu dengan ciri pintar yang menggunakan penderia jarak dekat dan pengesanan mata.

Sistem ini amat berguna kepada pemandu untuk 'mengakses' tetapan yang dihadkan ketika fasa pemanduan tanpa perlu pergerakan yang berlebihan.

 


Selain daripada menjadikan konsep Grand Tourer ini sesuatu yang baharu, fokus Polestar turut ditumpukan pada sebuah produk yang lestari dan mesra alam sekitar.

Oleh sebab itu, tempat duduk diperbuat daripada bahan botol PET yang dikitar semula, manakala bolster dan perehat kepala daripada vinil gabus yang dikitar semula, dan karpet daripada jaring nelayan.

 


Malah, menurut Polestar, kesan daripada penggunaan bahan itu tadi, mereka berjaya mengurangkan berat sehingga 50 peratus jika dibandingkan dengan penggunaan bahan biasa, dan pengurangan bahan sisa plastik sehingga 80 peratus.

Konsep ini sepatutnya dipamerkan pada acara Geneva Motor Show, namun dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang bakal muncul pada tahun 2024 pula merupakan Polestar 5, di mana imej paten yang…
Berita Global
Berita baiknya, CEO Polestar Thomas Ingenlath baru-baru ini mengumumkan mereka bersetuju untuk…
Berita Global
Berdasarkan informasi yang diberikan oleh pihak Polestar, Precept menggambarkan visi arah masa…