Polestar mahu luaskan pengaruh ke Asia Pasifik, Timur Tengah

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama yang premium, Polestar tidak mahu jenamanya hanya sekadar menakluki pasaran besar dunia, seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO Polestar Thomas Ingenlath berkata, pihaknya merancang untuk menggandakan jumlah pusat pameran di pasaran sedia ada, selain meluaskan lagi penguasaan pasaran di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah dalam tempoh 18-24 bulan akan datang.

Ketika ini, Polestar menghasilkan model fastback Polestar 2 di China, dan mempunyai kira-kira 23 unit pusat pameran di seluruh dunia di mana angka tersebut dijangka meningkat kepada 45 unit menjelang akhir tahun 2020.

Pasaran Asia Pasifik dan Timur Tengah dijangka bakal ditembusi bermula tahun hadapan, tanpa memberitahu negara manakah yang bakal disasarkan.

Selain daripada itu, terdapat juga perancangan untuk memperkenalkan Polestar 2 dengan opsyen motor elektrik tunggal, bertujuan untuk menjadikan pemilikan EV tersebut lebih mampu milik.

Walaubagaimanapun, Ingenlath mahu Polestar untuk kekal menjadi sebuah jenama premium, dan ini memberikan gambaran bahawa harga jualan tidak akan menurun mendadak.

Dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, beliau mahukan Polestar mencapai sasaran jualan melebihi 50,000 unit setahun, sebelum produk baharu mereka tiba - sebuah SUV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …