Polestar mahu bina SUV Polestar 3 di US tahun hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kenderaan elektrik (EV) premium milik Geely dan Volvo, Polestar sudah mengumumkan bahawa SUV elektrik mereka, Polestar 3 yang belum dilancarkan lagi, akan mula dibina di kilang mereka di US pada separuh kedua tahun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Ketua Eksekutif syarikat tersebut, Thomas Ingenlath, model itu dipilih untuk pasaran US kerana ia sangat sesuai.

Kilang Volvo di Ridgeville, South Carolina berhampiran dengan Charleston itu sekarang ini memasang Volvo S60 sedan dan akan mula memasang XC90 mulai tahun 2022.

Kilang yang dibuka dalam tahun 2018 itu mampu memasang sejumlah 150,000 kenderaan setahun.

Polestar 3 sebenarnya berkongsi platform dengan model SUV Volvo, XC90 dan ini memudahkan ia untuk dipasang di kilang yang sama.

SUV elektrik itu akan dipasang untuk pasaran US dan berkemungkinan besar akan dieksport juga.

Polestar pada mulanya ialah jenama untuk varian prestasi Volvo sebelum bertukar menjadi jenama EV tersendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …