Polestar hasilkan jentera rali one-off Polestar 2 Arctic Circle

oleh Mohamad Hanif|
Sejak dari awal, Polestar 2 memiliki bentuk badan yang aneh, menggandingkan rekaan badan sedan dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun siapa sangka, ia sebenarnya amat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah jentera rali musim sejuk, seperti yang dipertunjukkan menerusi model konsep Polestar 2 Arctic Circle ini.

Idea ini dicetuskan oleh ketua jurutera casis Polestar, Joakim Rydholm yang turut berpengalaman sebagai pelumba rali di mana beliau banyak menghabiskan masa di atas laluan ais dan bersalji demi memastikan jentera ini sempurna.
 

Polestar 2


Menurutnya, "talaan casis di atas ais dan salji membolehkan kami membangunkan kenderaan kami dengan kadar ketepatan yang lebih jitu.

"Dalam keadaan kadar cengkaman yang kurang, kami dapat merasai dan menganalisa dinamik kenderaan pada rentak yang lebih perlahan berbanding jalan tarmak, membolehkan kami melakukan penalaan yang lebih terperinci sehinggala kepada butiran yang paling kecil. Ini merupakan lokasi kegemaran saya untuk membangunkan sesebuah kereta," ujarnya.

Setiap tahun, Polestar mengadakan ujian musim sejuk di kawasan Arctic Circle selama tempoh 15 minggu bermula Disember sehingga Mac, dengan suhu persekitaran yang mampu mencecah serendah -35 darjah Celcius.

 

Polestar 2


Model one-off yang dihasilkan oleh Polestar ini menggunakan asas daripada varian mercu Long Range Dual Motor, di mana trenkuasa elektrik ditala kembali supaya menghasilkan 470 kuasa kuda dan 680 Nm, peningkatan daripada angka standard 467 hp.

Pek bateri 78 kWh pula tidak diusik.

Apa yang berubah adalah dari segi luaran, di mana Polestar 2 ini datang dengan rim OZ Racing bersaiz `19 inci yang dibaluti tayar musim sejuk berpaku logam 4 mm.
 

Polestar 2


Sistem suspensi pula telah ditala kembali dengan menampilkan penggunaan spring yang 30 peratus lebih lembut, diikuti dengan peredam prestasi Ohlins dengan chamber pelarasan bantuan yang membolehkan ketinggian jentera ini dinaikkan sebanyak 30 mm.

Sistem brek asal Brembo dengan angkup empat omboh pula masih lagi dikekalkan.
 

Polestar 2


Untuk pencahayaan yang lebih cemerlang, terdapat empat unit lampu LED tambahan Stedi Quad Pro di bahagian hadapan, diikuti dengan perlindungan skid plate gentian karbon pada bahagian bawah padan.

Memasuki ruang kabin, Polestar telah memadankan sepasang tempat duduk Recaro jenis bucket yang dibaluti upholsteri fabrik arang, diikuti dengan perkataan dan tali pinggang keledar berwarna emas.

Seperti yang disebutkan tadi, ini merupakan model binaan sekali sahaja (one-off) dan tidak direka untuk tujuan produksi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …