Nilai Aset Dipotong Drastik
Syarikat itu mengurangkan nilai boleh pulih Polestar 3 kepada hanya $25 juta, sementara Volvo Cars yang mengeluarkan SUV tersebut di kilang South Carolina turut mencatatkan impairment pada model ES90 dan EX90.
Strategi Pasaran A.S. Dikaji Semula
Polestar menegaskan bahawa pertumbuhan di pasaran A.S. tidak akan dikejar “dengan apa cara sekalipun”. Hanya 8% daripada jualan tahun ini datang dari A.S., berbanding 77% di Eropah.
Masalah Kewangan Berterusan
Syarikat masih terbeban dengan pembakaran tunai yang tinggi, rundingan semula hutang dan pernah menggunakan 177 kenderaan sebagai cagaran awal tahun ini. Jika sebelum ini mensasarkan pulang modal menjelang 2025 kemudian ditunda ke 2027, kini Polestar menggugurkan terus ramalan keuntungan tersebut.
Seiring Dengan Krisis EV Lain
Kesukaran Polestar menyerupai cabaran startup EV lain seperti Fisker, Lordstown dan Arrival yang rebah selepas dana kering. Pemain lebih besar seperti VinFast masih mampu bertahan kerana mempunyai sokongan kewangan mendalam.
Latar Belakang Polestar
Polestar pada asalnya bermula sebagai pasukan perlumbaan Volvo sebelum berkembang menjadi unit prestasi rasmi Volvo. Pada 2017, ia dilancarkan sebagai jenama bebas yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik berprestasi tinggi. Walaupun berpangkalan di Gothenburg, Sweden, model Polestar banyak dihasilkan di kilang Volvo dan Geely di seluruh dunia termasuk China dan Amerika Syarikat.
Kini Polestar disenaraikan di Nasdaq dengan nama Polestar Automotive Holding UK PLC. Pemegang saham utamanya ialah PSD Investment milik Li Shufu (pengasas Geely) dengan kira kira 44%, diikuti Geely Holding sekitar 22 hingga 24%, manakala Volvo Cars masih mengekalkan pegangan minoriti kira kira 16 hingga 18%. Baki saham berada di tangan pelabur umum. Struktur ini menjadikan Polestar lebih dekat kepada Geely sebagai pengawal utama berbanding Volvo yang kini sekadar pemegang saham strategik.
Siapa CEO Polestar?

Sejak Oktober 2024, Polestar diterajui oleh Michael Lohscheller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif termasuk pernah mengetuai Opel, VinFast dan Nikola, selain berkhidmat sebagai CFO di Volkswagen serta Mitsubishi. Tugas utama Lohscheller di Polestar ialah membawa syarikat ini keluar daripada fasa “start up EV” menuju ke arah pengeluar automotif global yang lebih stabil dan akhirnya mampu mencatat keuntungan.