Polestar bina rumah atas pokok 'KOJA'

oleh Mohamad Hanif|
KOJA. Atau di dalam bahasa Sweden bermaksud pondok atau sarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam dunia realiti, Koja sebenarnya merupakan sebuah projek yang muncul di dalam pertandingan Polestar Design Contest 2021 di mana ia bertujuan untuk memberikan impak yang rendah terhadap alam sekitar.
 

koja


Kini, projek yang diusulkan oleh Kristian Talvitie itu direalisasikan pada skala sebenar oleh Polestar dengan membawakan satu pakej percutian yang sangat menarik buat para pencinta alam.

Ini kerana ia menampilkan pandangan panorama daripada tingkap kaca, dan diposisikan agak tinggi dari aras tanah untuk mendapatkan medan pemandangan yang cukup mengasyikkan.
 

Koja


Disebabkan saiznya yang kompak, Koja juga boleh didirikan di kawasan yang lebih dekat dengan pusat urban di mana pihak yang berminat tidak perlu menghabiskan masa yang terlalu lama untuk perjalanan pergi dan pulang, menjadikan ia lebih mudah diakses untuk para pemilik kenderaan elektrik.

Untuk menjadikan Koja satu realiti, Kristian Talvitie bekerjasama dengan Polestar dan agensi rekaan Ultra di mana ia mengutamakan penggunaan  bahan-bahan lestari seperti kayu dan bulu daripada sumber tempatan.

Dibina di Fiskars, satu perkampungan dan pusat rekaan di barat daya Finland, ia merupakan sebahagian daripada pameran "House by an Architect" yang sedang berlangsung dari bulan Mei hingga September 2022.