Polestar 3 SUV prestasi tinggi 489 hp, 840 Nm, harga mula RM415k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Polestar 3 Performance Pack
Polestar 3 Performance Pack
Polestar, pengeluar kenderaan elektrik premium Sweden yang diasaskan oleh Volvo dan Geely tampil dengan produk baharu, SUV Polestar 3.

Ini bukan SUV dengan reka bentuk biasa, bumbung nampak rendah dan melengkung di belakang selain bahagian depan unik dan menarik melalui lampu bentuk T.

Ciri aerodinamik juga menarik dengan sayap aero disepadukan pada bonet dan spoiler dan bilah aero pada bahagian belakang.

Begitulah cara kenderaan Sweden dibuat, tampil elegan dan tidak terlalu menonjol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Polestar 3 Performance Pack

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath kereta ini direka sebagai Polestar sejak dari awal lagi.

Sebagai sebuah SUV berprestasi, Polestar 3 dibekalkan nadi elektrik berkuasa 360 kW (489 bhp) dan kaya kilas 840 Nm.

Jika itu tidak memadai, Polestar menawarkan Performance Pack dengan kuasa 380 kW (517 bhp) dan daya kilas 910 Nm.

Lagi ciri yang ada ialah pemanduan satu pedal dan fungsi Torque Vectoring Dual Clutch pada gandar belakang.

 

Polestar 3 Performance Pack

 

SUV ini dipacu oleh dua motor dengan kuasa dilebihkan pada bahagian belakang.

Untuk lebih penjimatan tenaga, fungsi pisahan tersedia pada motor belakang dan kereta dipandu hanya menggunakan roda depan.

Pek bateri 111 kWj membolehkan Polestar 3 dipandu sehingga 609 km (WLTP).

Bateri jenis litium-ion menggunakan rekaan sel jenis primastik dan ditempatkan di dalam bekas aluminium dengan pengukuhan besi boron dan sistem penyejukan cecair.

 

Polestar 3 Performance Pack

 

Pam pemanas pula menggunakan haba persekitaran untuk suhu dan penyesuaian awal bateri.

Satu lagi ciri bermanfaat ialah pengecasan dua hala yang membolehkan kereta membekalkan elektrik kepada grid dan perkakasan lain.

Dari segi pengendalian, Polestar 3 canggih dengan set suspensi udara dua kebuk yang membolehkan kereta membuat penyesuaian di antara karakteristik selesa dan dinamik.

Sistem itu membolehkan pelarasan redaman dibuat secara elektronik pada setiap dua milisaat (500 Hz).

 

Polestar 3 Performance Pack

 

Polestar 3 dikawal teknologi canggih dan model Polestar pertama menggunakan pengkomputeran berpusat dengan NVIDIA DRIVE dan perisian dari Volvo Cars.

Berfungsi sebagai pusat kecerdasan buatan (AI), platform NVIDIA itu memproses data dari pelbagai sensor dan kamera untuk fungsi bantuan pemanduan dan pengawasan pemandu.

Sistem maklumat hibur dikuasakan oleh Snapdragon Cockpit Platform dari Qualcomm dan komponen utama di dalam sistem awan dan berhubung Snapdragon Digital Chassis.

Snapdragon Cockpit Platform digunakan bagi memberikan paparan definisi tinggi, kualiti audio premium dan ketersambungan di dalam kereta.

Sistem operasi pula menggunakan Android Automotive yang dibangun bersama Google dan dipaparkan melalui skrin 14.5 inci.

 

Polestar 3 Performance Pack

 

Sebagai sebuah jenama yang mempunyai kaitan dengan Volvo tidak sah jika tidak menyentuh sistem keselamatan canggih.

Polestar 3 dilengkapi teknologi aktif dan pasif canggih dari Volvo seperti radar dalam kereta yang boleh mengesan pergerakan kecil supaya kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak tertinggal.

Sistem itu juga dihubungkan dengan sistem kawalan suhu bagi mencegah strok haba atau hipotermia.

Didatangkan sebagai ciri standard, Polestar 3 dilengkapi lima modul radar, lima kamera luar dan 12 sensor ultrasonik luaran sebagai sokongan kepada pelbagai ciri keselamatan.

 

Polestar 3 Performance Pack

 

Buat permulaan Polestar 3 akan dikeluarkan di kilang Volvo di Chengdu, China dan penghantaran bermula pada suku keempat 2023.

Menghampiri pertengahan 2024, pengeluaran akan bermula di kilang Volvo di South Carolina, Amerika Syarikat.

Model awal atau pelancaran Polestar 3 dua motor jarak jauh (360 kW, 489hp, 840 Nm) ditawarkan pada harga indikatif GBP£79,900 (RM415,270).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Polestar 3 Performance Pack

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Selain daripada penawaran trenkuasa elektrik yang berprestasi, Polestar 3 turut mempunyai teknologi…
Berita Global
Berdasarkan informasi terdahulu, Polestar 3 secara asasnya merupakan versi yang lebih sporti kepada…