Polestar 2 sebenarnya hasilkan jejak karbon lebih tinggi berbanding XC40 ketika keluar kilang

oleh Mohamad Hanif|
Laporan-laporan terdahulu mendedahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) sebenarnya meninggalkan jejak karbon yang lebih besar berbanding penghasilan kereta dengan enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebanyak mana jejak karbon yang dihasilkan oleh EV?

Divisyen prestasi Volvo, Polestar memutuskan untuk memberikan pendedahan berkenaan impak yang dihasilkan oleh model Polestar 2 terhadap alam sekitar.

 


Walaupun data yang dipersembahkan tidak begitu enak dibaca, sekurang-kurangnya Polestar jujur dengan para pelanggannya berkenaan impak yang dihasilkan oleh produk mereka terhadap alam sekitar, menurut CEO Polestar, Thomas Ingenlath.

Menurut data yang diterbitkan oleh Polestar sendiri, Polestar 2 ketika keluar dari kilang meninggalkan sekurang-kurangnya 26 tan jejak karbon, di mana angka tersebut sebenarnya lebih banyak berbanding sebuah Volvo XC40 dengan enjin pembakaran dalaman.

 


Ini adalah disebabkan proses produksi bateri yang memerlukan penggunaan tenaga yang begitu banyak, menyebabkan ia membebaskan CO2 yang jauh lebih besar.  

Namun, apabila Polestar 2 tiba di tangan pemiliknya, kesan yang diakibatkan oleh EV tersebut menjadi semakin kurang, malah selepas pemanduan kira-kira 50,000 km, ia menjadi lebih mesra alam jika dibandingkan dengan model enjin pembakaran dalaman.

 


Laporan penuh berkenaan jejak karbon ini boleh dibaca menerusi laman web Polestar pada pautan dibawah:

Polestar | Being Transparent About Sustainability

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …