Polestar 2 didedahkan - EV dengan 395 hp, jarak operasi 482 km

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Polestar telah mendedahkan imej acah pertama yang memaparkan bahagian belakang model yang bakal memakai nama Polestar 2.

Disebut sebagai sebuah model sedan empat pintu stail fastback, Polestar 2 bakal bersaing sebagai sebuah EV berprestasi tinggi dengan Tesla Model 3. 

Dari segi kuasa, ia bakal mempunyai kuasa sekitar 395 hp dengan jarak operasi yang mampu mencapai 482 km untuk sekali cas. 

Tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Polestar, namun mereka dikatakan bakal menampilkan sistem infotainmen Google Android Human Machine Interface (HMI), sistem yang serupa digunapakai oleh Alexa dari Amazon. 

Menurut Polestar, memandangkan model ini bakal bersaing dengan Tesla Model 3, orang ramai boleh mengganggarkan format harga yang serupa bagi Polestar 2 ini. 

Sebagai rujukan, harga jualan bagi Tesla Model 3 di pasaran Amerika Syarikat bermula dari $44,000 (RM181k++) sebelum insentif. 

Sama-sama kita nantikan maklumat penuh berkenaan Polestar 2 yang akan didedahkan dalam masa terdekat.  

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …