Polestar 2 dapat ekstra 67 hp menerusi kemaskini OTA

oleh Mohamad Hanif|
Jika dulu kereta dengan enjin pembakaran dalaman memerlukan modifikasi yang bersesuaian untuk peningkatan kuasa, era kenderaan elektrik pula tidak lagi memerlukan cara yang kuno tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, ia boleh dicapai menerusi kemaskini over-the-air seperti yang diperlihatkan oleh Polestar 2 varian Long Range Dual Motor untuk sesetengah pasaran di Eropah buat masa ini.

Menerusi kemaskini terbaharu ini, Polestar 2 boleh mendapat penambahan kuasa sehingga 67 hp dan 20 Nm, menjadikan output kuasa keseluruhan menjadi 467 hp dan 680 Nm.
 

Polestar


Ini menjadikan Polestar 2 mampu menyaingi Tesla Model 3 (450 hp/639 Nm), namun disebabkan perbezaan berat, ia masih lagi kalah dalam pecutan 0-100 km/j (4.4 saat) kepada Model 3 (3.3 saat).

Kos untuk naiktaraf kuasa kuda ini hanyalah sekitar €1,000 (RM4,791) sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Polestar 2 2024 facelift ini menampilkan beberapa perubahan dari segi kosmetik, seperti contoh…
Berita Domestik
Polestar 2 dilengkapi bateri 78 kWj bersama 2 motor elektrik menghasilkan kuasa sehingga 408 HP dan…