Polestar 1 Special Edition datang dengan warna emas - 25 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kereta sports hibrid coupe Polestar 1 memiliki jangka hayat yang sangat singkat, mula diproduksikan pada tahun 2017 dan dengan 1,500 unit sahaja yang dibina, Polestar 1 bakal ditamatkan produksinya menjelang akhir tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, Polestar telah mendedahkan sebuah model edisi terhad Polestar 1 yang dilayangkan dalam warna emas khusus untuk pasaran China.

 


Hanya 25 unit sahaja yang akan dihasilkan, di mana produksi jentera edisi terhad ini akan dimulakan pada tahun ini.

Dari segi luaran, Polestar 1 edisi terhad ini dilayangkan warna matte gold yang turut merangkumi lencana Polestar dan angkup brek, sementara gril dan rim dilayangkan warna hitam berkilat.

 


Ruang kabin pula menampilkan kemasan jahitan kontras berwarna emas terhadap penawaran upholsteri sedia ada, diikuti tali pinggang keledar berwarna emas.

Sebagai sebuah kereta sports hibrid, Polestar 1 didatangkan dengan enjin 2.0 liter yang dibantu induksi paksaan turbo dan pengecas lampau, dan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan angka output keseluruhan 619 kuasa kuda dan 1,000 Nm.

 


Ia membolehkan pecutan sepantas 4.2 saat dari 0-96 km/j dan dengan pek bateri berkapasiti 34 kWh, Polestar 1 berupaya bergerak dalam keadaan sifar emisi sejauh 150 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Polestar baru-baru ini mengumumkan slot terakhir produksi untuk…
Berita Global
Pusat Produksi Polestar ini direka oleh syarikat arkitek Snøhetta, bertujuan untuk menjadi salah…
Berita Global
Sudah semestinya kepakaran dan pengetahuan know-how daripada Volvo itu telah diwariskan kepada sub-…