Polaris RZR Turbo R, side-by-side dengan enjin 925 cc turbo 181 hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Polaris RZR Turbo R Ultimate
Polaris RZR Turbo R Ultimate
Sukan ATV memang popular di negara kita dan boleh didapati di kawasan pantai atau rekreasi lasak. Ada satu lagi kenderaan menarik iaitu UTV atau side-by-side

Jika ATV merujuk kepada All Terrain Vehicle, UTV adalah singkatan Utility Task Vehicle.

Satu perbezaan ketara ialah ATV dikawal menggunakan handel seperti motosikal manakala UTV pula menggunakan stereng seperti kereta.

Kerusi UTV disusun bersebelahan dan ada juga boleh membawa sehingga empat penumpang dengan kerusi di belakang.

Dari segi kegunaan, banyak yang boleh dilakukan dengan UTV sama ada untuk pertanian, perniagaan dan rekreasi.

Sudah namanya kenderaan bermotor, ada  side-by-side berprestasi tinggi yang boleh melayani adrenalin pengguna!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Polaris RZR Turbo R

 

Polaris Off-Road pada tahun lalu memperkenalkan side-by-side RZR Pro R dan RZR Turbo R dan melalui namanya sudah menggambarkan prestasi hebat.

RZR Turbo R digerakkan enjin 925 cc DOHC empat lejang silinder berkembar yang berkuasa 181 hp (model Amerika Syarikat) dan dipadan bersama transmisi automatik.

Bayangkan betapa seronoknya enjin turbo ini dibelasah di permukaan yang mencabar! Berat kering pula hanya 881 kilogram.

Dari selekoh ke selekoh dan enjin ini dikatakan mempunyai daya kilas tinggi pada rpm yang rendah.

 

Polaris RZR Turbo R

 

Satu ciri utama untuk kenderaan yang digunakan di atas permukaan bumi mencabar ialah sistem suspensi perlu cemerlang.

RZR Turbo R Ultimate dilengkapi peredam FOX® 3.0 Live Valve X2 Internal Bypass dengan jarak (travel) 27 inci pada bahagian depan.

Set depan juga terdiri daripada lengan (arm) A jenis boxed dual steel dan palang penstabil three-piece.

Set belakang pun sama, dipasang peredam FOX® 3.0 Live Valve X2 Internal Bypass dengan jarak 28 inci.

Pakej suspensi belakang merangkumi palang penstabil, trailing arm berongga (tubular) dengan boxed gusseting dan toe link yang dipatenkan.

Polaris RZR Turbo R Sport
Polaris RZR Turbo R Sport

 

Set yang dipasang canggih dengan sistem suspensi aktif DYNAMIX DV yang mempunyai empat mod suspensi dan stereng.

Sistem itu mengawasi input dari pemandu dan melaras mampatan dan lantunan secara automatik dan bebas supaya setiap roda kekal berada di atas permukaan yang dilalui.

Dua lagi varian iaitu RZR Turbo R Sport dan RZR Turbo R Premium menggunakan peredam Walker Evans 2.5" Velocity Needle di depan dan 3.0" Velocity Needle dengan 16 larasan.

Selain penyerap hentak, lengan pada side-by-side berprestasi juga satu komponen penting dan kritikal.

Dari gambar yang diberi boleh dilihat betapa menarik dan perkasa set suspensi side-by-side ini.

Polaris RZR Turbo R Premium
Polaris RZR Turbo R Premium

 

Memperlahan dan menghentikan RZR Turbo R ialah cakera hidraulik dengan angkup depan triple-bore dan dual-bore di belakang.

Tayar untuk menjamah bumi pula dari Maxxis Rampage Fury 32 x 10-15 dengan roda saiz 15 x 7 inci.

Selepas diperkenalkan di Amerika Syarikat, Polaris RZR Turbo R kini ditawarkan kepada pelanggan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Di Eropah, RZR Turbo R Sport dan Premium ditawarkan dengan homologasi off-road perlumbaan sahaja manakala RZR Turbo R Ultimate dihomologasi mengikut kategori L7e (quadricycles).

Tentang harga, Polaris RZR Turbo R Ultimate dijual dari GBP33,859 (RM181,882).

Foto: Polaris

Penulis: Muhammad Md Tajudin