'Pocong' jadian penyebab kemalangan!

oleh SALINA JALIL|
Tindakan mengusik orang ramai dengan memperagakan diri sebagai 'pocong' akhirnya menjerat diri seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai MS, 17. Kejadian berlaku di Sulawesi Selatan.


MS yang berasal dari Gowa, Sulawesi Selatan, diberkas polis pada Khamis malam ketika 'bercanda' dengan orang awam .
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Sebelum itu, seorang individu mendakwa dia  terjatuh dari motosikalnya sebaik melihat kelibat 'pocong' di Jalan Mustafa.



"Saya lihat dia ('pocong') itu sedang duduk di pinggir jalan dan saya terkejut sehingga terjatuh. Apa lagi (kejadian) berlaku pada malam Jumaat," kata Nandar pada portal berita Kompas.

 

Bertindak atas laporan orang ramai, pihak polis melakukan rondaan sebelum menangkap MS. Suspek kini ditahan di Balai Polis Gowa.

Ketika disoal siasat, MS berkata, dia yang terlibat dalam perniagaan perunding perkahwinan berkata, aksi pocong itu dilakukannya sebaik selesai kerja.

 


"Saya baru selesai kerja-kerja membuka pelamin dan kebetulan ada kain putih, jadi saya cuba-cuba pakai (seperti pocong)," katanya kepada polis yang mengambil kenyataannya.



Sehubungan itu, polis menggesa kepada seluruh masyarakat agar jangan sesekali melakukan aksi yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.



"Kami mengharapkan seluruh masyarakat agar tidak melakukan hal-hal aneh yang tentunya dapat mengancam keselamatan orang lain seperti pocong ini.



"Ini kerana pada malam Jumaat ada beberapa pemandu yang terjatuh dan nyaris kemalangan kerana takut (dengan 'pocong')," kata jurucakap polis.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak 'pocong'…