PM - Sempadan negara tidak dibuka 1 Mac

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan penelitian beberapa perkara terlebih dahulu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara diumumkan MPN itu hanyalah cadangan dan ia perlu dibincangkan dalam kerajaan selain mendapat saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Beliau berkata, perkara itu juga adalah bagi memastikan kesediaan negara untuk menerima pengunjung luar serta keupayaan kerajaan dalam mengatasi Covid-19 dan varian Omicron.

 


“Itu hanya cadangan MPN, ia perlu dibincangkan dan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) boleh duduk sama dalam perbincangan ini.

 

Jika perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan kabinet...kita akan bincang perkara ini.

 

“Cuma saya mahu maklumkan buat masa sekarang, tiada perbincangan lagi yang telah dibuat, itu hanya cadangan sahaja daripada MPN,” katanya.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Doa supaya selamat kerana hubungan baik ini membantu bekalan minyak cukup. Setakat ini kita jangka…
Berita Domestik
Beliau berkata ketegangan melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran itu telah menjejaskan…
Berita Domestik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan harga minyak…