PM saran Perodua, TNB kerjasama hasil EV mampu milik

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perodua disaran meneroka peluang baharu untuk menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki rakyat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bahawa langkah itu boleh diambil menerusi kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini sedang berusaha meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik secukupnya.

Katanya, kedua-dua pihak juga boleh bekerjasama untuk memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani oleh semua.

“Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian.

“Kerjasama pintar seperti ini perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perodua Alza serba baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ismail berkata, perjanjian itu dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan, pada masa sama mampu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada 2050, seperti dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Katanya, kerajaan sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau inisiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara.

Beliau juga meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak dalam wilayah “Hightech Valley” membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Center of Advanced Automotive Research and Training (CAART).

Perdana menteri turut menyeru agar syarikat besar negara saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan untuk dimanfaatkan rakyat.

Katanya, kerjasama itu juga boleh melibatkan syarikat dalam industri automotif selepas negara kini berdepan ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim.

Ismail berkata, kerajaan amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai Perodua yang kini merupakan syarikat automotif nasional utama negara sejak 2006.

“Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Perodua juga harus menjadi contoh oleh syarikat tempatan lain di mana kepentingan negara didahulukan demi kesejahteraan semua,” katanya.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau dilapor tidak memakai tali pinggang keledar semasa duduk  membuat rakaman video di bahagian…
Berita Domestik
Dalam ucapan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin (…
Berita Domestik
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook beliau sebentar…