“Doa supaya selamat kerana hubungan baik ini membantu bekalan minyak cukup. Setakat ini kita jangka sampai Julai dan Ogos, Insya-Allah diesel cukup.
“Setakat yang kita mampu, minyak RON95 kekal RM1.99. Beritahu saya negara mana yang lebih murah daripada Malaysia? Tak ada, kecuali Brunei,” katanya ketika berucap di Majlis Agihan Perdana Lembu Korban Madani Parlimen Permatang Pauh pada Selasa.
Beliau berkata, Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa negara jiran yang berdepan masalah bekalan bahan api sehingga ada stesen minyak terpaksa ditutup.
“Di Filipina misalnya, ada yang beratur di stesen minyak dan ada ratusan stesen sudah tutup. Alhamdulillah, kita belum sampai ke situ,” katanya.
Anwar menambah, konflik di Asia Barat memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia susulan peningkatan harga minyak mentah global dan gangguan laluan perdagangan antarabangsa.
Menurutnya, peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal menyebabkan harga barangan turut terkesan namun kerajaan berusaha memastikan rakyat tidak terbeban.
“Minyak ada tetapi kos penghantaran naik kerana laluan Selat Hormuz terjejas. Insurans naik, tambang kapal pun naik.
“Tetapi setakat yang kita mampu, kita pertahankan harga minyak untuk rakyat,” katanya.