PM mahu syarikat pengeluar alat ganti China bantu pengeluar tempatan

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan pengeluar alat ganti kereta dari China untuk bergabung dengan pengeluar tempatan untuk membantu meningkatkan keupayaan pembuatan Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri berkata beliau telah bercakap dengan Li Shufu, pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, berhubung idea itu.

"Dia (Li) bertanya kepada saya apa yang Malaysia mahu. Oleh itu, saya menjelaskan kepada beliau bahawa Proton boleh diuruskan oleh Geely, tetapi kami mahu rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pembekalan komponen (kereta) dan lain-lain."

"Untuk menaik taraf pengeluar Malaysia, kami mahukan dia membawa pengilang dari China untuk melakukan usahasama (bersama pengeluar di Malaysia) bagi membantu (mereka) ... Jadi, (Li) bersetuju," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar.


Geely ketika ini mengetuai salah satu kumpulan automotif terbesar di dunia, dengan memiliki kepentingan di dalam Mercedes dan Volvo.

Penyertaan Geely di Proton akan membuka pintu bagi pengeluar bahagian kereta Malaysia untuk membekalkan bahagian bukan sahaja ke pasaran tempatan tetapi pasaran luar negara - jika kualiti pengeluaran adalah setanding.

Menurut Dr Mahathir, adalah "tidak adil" jika pengeluar bahagian kereta Malaysia ditutup jika mereka gagal memperbaiki diri, kerana Geely boleh membawa bahagian dari negara lain di kala pasaran yang tidak menentu ketika ini.
 

Dr Mahathir bertemu dengan pegawai tinggi Geely dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-Hicom Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar pada Jumaat lepas. 

Geely menyertai Proton pada bulan Jun 2017 sebagai rakan kongsi strategik asing, sebagai sebahagian daripada rancangan DRB-Hicom untuk menghidupkan pembuat kereta yang sakit. 

DRB-Hicom yang memegang 50.1% kepentingan dalam Proton ketika ini telah memberikan kebebasan kepada Geely dari segi kawalan pengurusan operasi pengeluaran dan pembuatan di Proton.

Sumber: The Edge Markets

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…