PM mahu dapatkan penjelasan syarikat p-hailing, bincang isu kadar upah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Perdana Menteri berkata beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.

"Saya kena panggil syarikat-syarikat ini (tanya) sebab apa (kadar upah) daripada RM7 (turun) kepada RM6.. itu dia (syarikat) kena terangkan kepada Perdana Menteri.

"Itu yang mampu saya buat bagi meringkankan beban saudara-saudara semua," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.

Anwar berkata kerajaan juga memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.

"Supaya dapat program (bantuan kepada p-hailing) ini berterusan, saya tidak mahu jadi 'one-off' jadi untuk permulaan, jawatankuasa informal untuk menyelaras kegiatan gig rider, saya peruntukkan RM1 juta hari ini.

"Ini penting, kalau tidak ia jadi tak tersusun, jadi (supaya) kita tahu masalah penghantar p-hailing, masalah pinjaman, masalah kemudahan, insurans, PERKESO," katanya.

Beliau berkata penghantar p-hailing boleh memilih pihak bersesuaian untuk dilantik sebagai sekretariat yang bakal mewakili mereka.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Agensi kerajaan seperti MITI dan MARii nampaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk…
Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…