Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah itu mampu mengekang ketirisan yang membabitkan lebih 3.5 juta warga asing sebelum ini serta puluhan ribu liter minyak yang diseludup ke luar negara.
“Setiap daripadanya (hasil penjimatan) dipulangkan kembali kepada rakyat melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), selain menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara.
“Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang memiliki keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, pada Ahad.
Sebanyak 16 juta rakyat Malaysia yang layak menikmati manfaat inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang mula dilaksanakan pada 30 September lalu.
Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini, dengan setiap individu diberi kelayakan sehingga 300 liter sebulan.