PM 10 sempat batal tempahan Mercedes S 600, lebih selesa guna Toyota Camry

oleh Penyumbang Rencana 2|
gambar hiasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tempahan bagi kereta jenis Mercedes S 600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri sebelum ini sempat dibatalkan, menurut laporan Berita Harian.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Jelasnya, semakan terperinci sudah pun dibuat dan mendapati tempahan kereta jenis Mercedes itu boleh dibatalkan. 

"Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal," katanya kepada pemberita sebelum beliau meninggalkan ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.

"Kereta Mercedes tak sampai...saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada. 

Dalam laporan terdahulu, beliau telah menolak penggunaan kereta Mercedes S 600 untuk kegunaan rasmi sebagai Perdana Menteri. 

Langkah tersebut diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya. 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
"Kabinet baru-baru ini memutuskan (penggunaan EV). Mari kita tunjukkan di Malaysia semua kenderaan…
Berita Domestik
“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami…