Plybike - basikal mesra alam dari Thailand

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

T-Style (Thailand Style) merujuk kepada hasil kraf dan rekaan mesra alam yang dipamerkan pada acara Milan Fashion Week yang berlangsung pada minggu ini. 

Pelbagai rekaan dipamerkan termasuklah dekorasi perkakasan rumah, aksesori fesyen dan perabot, masing-masing menonjolkan keunikan tersendiri dan lain daripada yang lain. 

Antara yang menarik perhatian ialah Plybike yang dihasilkan oleh Dots Object. 
 


Sebagai sebuah syarikat yang sangat kreatif, dos design studio memfokuskan kepada eksperimentasi penggunaan semula bahan terpakai seperti besi dan juga kayu. 

Ini boleh dilihat menerusi pemilihan bahan buatan yang membentuk basikal Plybike ini dan ia dijamin tahan lasak untuk kegunaan di luar rumah. 

Gandingan penggunaan bahan kayu oak, teak dan back walnut memberikan keseimbangan antara seni dan fungsi di dalam sesebuah gaya klasik.
 


Bagi menyokong stuktur kayu yang digunakan, sudah tentu Dots menggunakan penyambung yang diperbuat daripada keluli bertegangan tinggi yang dihiasi dengan kemasan aluminium pada bar pemegang dan juga set rantai basikal.

Dots Object hanya menghasilkan 500 unit sahaja Plybike dengan harga jualan bermula dari $2,900.00 (RM11,886).  

Sumber: Dots Object menerusi mStar

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…